Sunday 15 June 2014

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KANAK-KANAK TASKA RPA 4, PARLIMEN KUALA KANGSAR

LAWATAN SAMBIL  BELAJAR KANAK-KANAK TASKA RPA 4, PARLIMEN KUALA KANGSAR

KUALA KANGSAR, 22/5/2014     - Seramai 6 orang guru TASKA bersama-sama 20 orang kanak-kanak dan 18 orang penjaga telah mengikuti Lawatan Sambil Belajar ke Cameron Highlands.

Menurut ketua rombongan, Puan Rozaida binti Abdullah, Pemaju Masyarakat TASKA Parlimen Kuala Kangsar, lawatan ini bertujuan bagi memupuk semangat kekeluargaan antara guru-guru dan penjaga.  Disamping itu, lawatan ini juga akan dapat mengeratkan lagi silaturahim antara penjaga dan guru-guru disamping memberi pendedahan mengenai tempat lawatan yang mereka sertai.


Lawatan selama sehari ini mengambil masa selama 12 jam 8.00 pagi sehingga 8.00 malam. Impak yang diterima dalam lawatan ini menampakkan kesan yang positif dan penjaga mengalukan-alukan program sebegini di masa akan datang.







Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN)

Perasmian KOSPEN Peringkat Kampung Ketior

Kampung Ketior, Kuala Kangsar 8/6/2014 – Jabatan Kesihatan Kuala Kangsar bersama KEMAS Kuala Kangsar telah mengadakan Majlis Perasmian Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN) Peringkat Kampung Ketior yang telah dirasmikan oleh Y.B Mohamad Kamil b Dato’ Shafie, ADUN Manong.


Kira-kira 100 orang menghadiri program tersebut yang terdiri dari ahli komuniti penduduk setempat. Program ini diwujudkan bagi membentuk komuniti  sihat dan produktif melalui pembudayaan amalan gaya hidup sihat seiring dengan peningkatan potensi diri, pemantapan tahap sosio-ekonomi serta pembangunan yang mapan. Disamping itu, menambah nilai program dan aktiviti-aktiviti di bawah KEMAS melalui penerapan elemen pendidikan asas pencegahan dan prosedur mudah pengesanan faktor risiko penyakit yang tidak berjangkit  serta mewujudkan sekumpulan sukarelawan kesihatan terlatih di kalangan ahli komuniti.






Anugerah Desa Sejahtera 1 Malaysia

Anugerah Desa Sejahtera 1 Malaysia (ADS1M)

Kuala Kangsar, 10.06.2014 – Bertempat di Pejabat Daerah dan Tanah, Kuala Kangsar telah diadakan Mesyuarat Anugerah Desa Sejahtera 1 Malaysia (ADS1M) yang di pengerusikan oleh En. Khairil Akhtar bin Ghazali, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan)

Mesyuarat tersebut membincangkan kampung-kampung di Daerah Kuala Kangsar yang akan bertanding dalam ADS1M Peringkat Daerah.


KEMAS Daerah Kuala Kangsar telah dilantik sebagai urusetia dan diamanahkan memberi taklimat berhubung Program tersebut. Taklimat telah disampaikan oleh EN. Zulkifli bin Che Rose, Penyelia Kanan Parlimen Sungai Siput.